Hari ini sudah masuk hari ke 18 kita berpuasa…Alhamdulillah dengan berkatnya masih lagi kita bernyawa untuk meneruskan kehidupan kita didunia ini untuk terus beribadah kepadanya….Kepada semua pembaca blog mencari rezeki merupkan sesuatu tuntutan dalam agama kita dan semestinya kita diwajibkan mencari yang halal…..Perniagaan internet merupakan satu cabang rezeki yang halal jika kita membuat produk yang menjadi manfaat kepada umat manusia dan ini termasuklah bidang pengembangan ilmu atau pendidikan…mengikut pembacaan saya dalam buku karya Chef Li,dalam buku Jalan Petunjuk Kekayaan “Pak Kiai telah memberikan gambaran bahawa 4 perniagaan yang tidak pernah surut dalam dunia ialah Makanan,Pakaian,Kesihatan dan Pendidikan……..dan jika kita lihat melalui pernigaan internet ini kita mampu menceburi kesemuanya namun nasihat saya pilih lah satu dahulu yang paling anda minat dan mahir sebelum berjaya tumpukan dahulu dengan mempelajari selok belok perniagaan dengan seminar,berforum,membeli ebook..tidak rugi anda mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli buku panduan,yuran seminar,cd,kaset kerana ianya akan memberi manfaat kepada anda. Mungkin ada diantara anda kadang-kadang membeli produk-produk kurang kualiti dimana kandungannya amat mengecewakan tetapi sebenarnya ada hikmah disebalik pembelian tersebut kerana ianya mampu memberi pengajaran kepada anda supaya tidak menghasilkan produk sedemikian..Produk-produk kurang kualiti biasanya akan memberi panduan bagaimana untuk menjual kembali produk yang dijual oleh pemilik produk itu…namun ada terdapat kebaikan iaitu anda memperolehi tips-tips promosi yang saya sendiri belajar dari produk-produk kurang kualiti ini…tidak ada salahnya anda membeli seberapa banyak produk seperti ebook,cd,kaset asalkan anda mempraktiskannya……Jangan sesekali bertangguh…mulakan segera setelah anda mendalami teknik yang diajar dalam ebook mahunpun cd atau seminar…ini membolehkan anda melihat kesannya sendiri……
Haizal Ramdzan said,
September 18, 2008 at 1:22 am
tidak dinafikan kualiti Ebook,Cd atau seminar yang tidak bagus membuatkan masyarakat takut dan ragu-ragu untuk mendalami ilmu,yerla..kalau sekali dua takpe jugak,kalau dah berkali-kali membeli produk yang tidak seberapa dan tidak membantu…tawar hati juga…mungkin saudara boleh berkongsi ebook2 panduan memulakan perniagaan internet yang bagus,memandangkan saudara sendiri sudah lama dalam dunia perniagaan internet.
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
usahawankekal said,
September 18, 2008 at 5:08 am
terima kasih saudara haizal…memang betul kadang-kadang ebook sampah ini membuatkan pembeli rasa takut untuk membeli produk-produk yang bagus..tidak mengapa saya akan dedahkan ebook-ebook berkualiti dalam post saya akan datang kerana saya sentiasa membeli ebook tanpa henti dan bagi saya ia merupakan satu amalan yang baik kerana kebanyakan ebook berkualiti ini menambah pengetahuan saya disamping menambah skill penulisan saya